Saturday 13 June 2009

Buat sahabat ku....

alhamdulillah..selepas 3 hari..baru diri ini punyai kekuatan untuk menulis...
terlihat kawan-kawan ku d hospital mengingatkan aku tentang kematian..
Pemergian AMMAR menemui tuhan meninsafkan aku tentang kehidupan..baru aku ingati bahawa dunia ini tempat persinggahan..AMMAR..bukan nama yang asing bagi student GEN6..
Ammar ni bagi aku dah seperti seorang rakan yang bila dia memberi nasihat kepada ku,aku dengari satu persatu,kerana ku tahu,nasihat nya itu adalah berlandaskan ilmu dan rasa kasihnya pada seorang insan seagama dan sahabat..
Selama 2 tahun aku seusrah dengan ammar,aku tahu,ammar memang seorang pejuang agama yang tulen..mana kan ku cari ganti..
dirimu bagai permata di kalangan pohon-pohon berduri..


Hari tu exam pharma MCQ,terdetik rasa hati aku nak keluar dewan exam awal bila nengok Ammar keluar awal..Bila dah ada kat luar,aku hilang jejak Ammar.Terduduk aku sekejap depan makmal anatomy.Tiba-tiba,dari jauh Ammar dan Husaini menyapa aku.

Najib,buat apa ni?tegur salah seorang..aku pun dah lupa siapa.Last2,aku balik skali dengan diorang..Tu lah kali teraher aku jumpa Ammar..
Pilu hati ini bila ku ketahui ammar menemui Ilahi petang itu.Tak berupaya aku katakn apa2..hmmm

Aman ramdzan..Sori kalau sepanjang ko blaja d rumah aku,aku buat ko kecik ati ke apa..
Aku terasa ketiadaan ko di rumah aku..bila ko takder,rasa sunyi aku belajar sorang..aku ingat lagi msg last ko mlm tu sebelum exam pharma..bila aku ingat balik,aku jadi sebak...

msg aman..
slm,jib,mlm ni mlm teraher aku berkumpul kat uma ko,jd,nak ucap tQ, halal makan minum, maaf kalo terkasar bahasa........

Aman,thanks...

Akram...Sorang lagi sahabat yang selalu datang ke rumah aku..Akram,bangunlah dari koma mu..kami merindui mu..Akram datang ke rumah aku selalu..seorang yang amat bijak dalam kata-kata dan pelajaran.akram,bangunlah,aku tunggu ko di miri..=)

buat Aman dan Akram..cepat la sembuh..Aku merindui kamu..

Buat arwah Ammar,perjuanganmu akan aku teruskan..dan kami akan teruskan bersama-sama.
Hilangmu mengajar aku erti kehidupan dan erti keimanan..kata-katamu membuatkan aku insaf mengenangkan..akan ku simpan pesananmu di dada ku..
mereka adalah anak-anak akhirat..melihat dunia dari jendela akhirat....

1 comments:

~ Nora ~ said...

salam adik ibnuhasan...cukuplah hanya mengenali akak dgn panggilan cempakasari..adik, apa yg terjadi tetap kan terjadi.. kita sebagai umat islam hanya dipinjamkan dibumi ini buat sementara waktu, sedangkan kita lalai utk mengejar apa yg sepatutnya kita tuntut...

Tentang kejadian kemalangan rakan-rakan adik itu, cukup menyentuh perasaan akak walaupon pada masa ini akak jauh dari adik-adik sume...entah kenapa dan bagaimana perasaan ini begitu sayu apabila mendengar berita ini dari kawan sepejabat akak di malaysia...sedih sungguh...

Mula-mula akak tak mahu melayani perasaan ini akan tetapi, hati memberontak untuk cuba mencari info-info di internet..apabila terjumpa apa yg hendak dicari, akhirnya akak mengenali jua rakan-rakan adik yg terlibat dlm kemalangan itu...

"AMMAR"...mungkin nama ini janggal pada akak akan tetapi, selepas melihat gambar-gambar yg rakan-rakan adik siarkan di blog masing-masing, secara tidak langsung air mata bergelinangan setiap kali mengenangkannya...entahlah..mungkin Allah memberi petunjuk dan hidayah pada akak untuk meneruskan perjalanan dan sisa baki hidup didunia yg hanya menjadi persinggahan kita...Buat AMAN dan AKRAM, semoga dgn berkat doa dan harapan dari kawan-kawan dan setiap umat sesama islam, bangkit lah kamu agar dpt meneruskan hidup ini...Insyaallah..

Buat keluarga Allahyarham AMMAR, Takziah dari akak sekeluarga...semoga tabah menjalani kehidupan dan sentiasa diredhai olehNya...

Wassallam...