Wednesday 29 April 2009

Al fatihah..

Isteri Taib Mahmud meninggal dunia
29/04/2009 6:03pm

KUCHING 29 April – Puan Sri Laila Taib, isteri kepada Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud meninggal dunia pada 3.45 petang ini di kediaman mereka di Demak Jaya di Kuching.

Pegawai akhbar kepada Ketua Menteri, Amin Sahmat mengesahkan.

Allahyarham berusia 68 tahun. – BERNAMA.


that is what wrote on the news paper today..

Hmmmm,ada kesan ke bagi kita yang membaca?huhu..
Adalah bahawa dengan sesuangguhnya,oran yang pasti sedih atas kematian ini pastinya ketua menteri sendiri.Kehilangan seseorang yang amat dirinya sayangi.seseorang yang membantu dirinya meringankan segala bebanan dan tanggungjawab dalam kehidupan.
Apa yang pasti,kita yang masih hidup,perlu teruskan kehidupan.Yang mati akan tetap mati,yang hidup mesti terus berbakti..

Al fatihah untuk allahyarhamah puan seri Laila..

Tuesday 28 April 2009

Jawapan terpuji seorang murid.



Pada suatu hari Syafiq al-Balkhi bertanya kepada muridnya Hatim al-Asham: "Apakah pelajaran yang dapat engkau petik sejak engkau menemaniku?"

Hatim menjawab: "Ada enam perkara:

Pertama: Ketika aku melihat manusia selalu mencemaskan masalah rezeki
sedangkan mereka bakhil dengan apa yang sudah mereka dapat dan tamak dengannya. Aku bertawakkal kepada Allah, kerana dia telah berfirman: 'Dan tidak ada suatu makhluk yang menjalar di muka bumi melainkan Allahlah yang memberinya rezeki' (Hud:6)

Kerana aku termasuk makhluk yang menjalar di muka bumi, maka aku tidak mahu meresahkan hatiku dengan apa yang telah dijamin oleh Yang Maha Kuat lagi Maha Kukuh"

Syafiq berkata kepadanya: "Bagus"

Kedua: Kerana aku melihat semua orang mempunyai teman yang menjadi tempat pengaduannya untuk mengatakan semua permasalahan dan rahsianya sedangkan mereka tidak mahu membelanya pada waktu susah. Aku menjadikan amal soleh sebagai temanku agar ia dapat membantuku pada waktu hisab dan membuatku selamat ketika dihadapkan kepada Allah.. Ia juga akan menemaniku ketika melalui titian Shiratul Mustaqim"

Syafiq berkata: "Bagus"

Ketiga: Aku melihat setiap orang mempunyai musuh. Aku melihat setiap orang yang mengumpatku bukanlah musuhku, bukan orang yang menzalimiku dan bukan pula orang yang berbuat jahat kepadaku kerana orang-orang tersebut akan memberiku keuntungan dari kebaikan mereka dan akan menanggung dosa-dosaku.

Musuhku adalah orang-orang yang apabila aku mentaati Allah, dia akan menggodaku untuk melakukan kederhakaan. Aku menganggap bahawa mereka itu adalah Iblis, nafsu, dunia dan hawa. Oleh kerana itu, aku menjadikan mereka sebagai musuhku. Aku akan berhati-hati dengan mereka dan mempersiapkan segala sesuatu untuk memerangi mereka. Aku tidak akan membiarkan mereka mendekatiku"

Syafiq berkata: "Bagus"

Keempat: Aku melihat setiap makhluk hidup dalam keadaan diburu dan pemburu tersebur adalah malaikat maut. Maka, aku akan mempersiapkan diri untuk menemuinya sehingga apabila ia telah bertemu denganku, aku akan segera menyambutnya tanpa penghalang"

Syafiq berkata: "Bagus"

Kelima: Aku melihat semua manusia selalu dalam keadaan saling menyayangi atau saling membenci. Lalu, aku mempelajari sebab dari sayang dan benci tersebut. Maka, aku mengetahui bahawa sebab dari semua itu adalah sifat dengki. Oleh kerana itu, aku membuang jauh-jauh dari diriku sifat hasad tersebut dengan cara membuang sesuatu yang melekatkan antara aku dengannya, iaitu hawa nafsu. Kemudian aku mencintai semua manusia sebagaimana aku mencintai diriku sendiri.

Syafiq berkata: "Bagus"

Keenam: Aku melihat setiap orang yang bertempat tidak dapat pasti akan berpisah dengan tempatnya. Maka, aku melihat bahawa tempat kembali semua orang yang menetap tersebut adalah kubur. Oleh kerana itu, aku mempersiapkan untuknya segala persiapan berupa amal-amal soleh untuk menetap di tempatku yang baru tersebut sedangkan tidak ada tempat di belakangnya kecuali Syurga atau Neraka"

Syafiq berkata: "Bagus"

Thursday 23 April 2009

Penangan Hati...



Gambar :Makam ibnu Umar

Dah hampir 3 bulan aku diam tanpa bahasa..mulut bisu tanpa kalam indah yang boleh menenangkan jiwa..
Orang nak baca pun lalu-lalu jer blog aku ni..hehe
Apa nak dibuatkan..amat-amat sibuk untukku menelaah pelajaran..Tapi,bila ada masa yang lengang aku buat benda lain pulak..tak sempat nak singgah kat blog aku sendiri untuk tulis sikit benda..
A'la kulli hal nyer,aku sedar apa yang pernah Ibnu Umar RA pernah berkata : “Jika engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu pagi. Dan jika engkau berada di waktu pagi maka janganlah engkau menunggu petang. Gunakanlah waktu sihatmu sebelum datang waktu sakit. Dan gunakanlah waktu hidupmu sebelum datang waktu mati. “


Masa takkan menunggu kita kan?Pejam celik jer dah byk hari berlalu tanpa apa yang aku buat..
kadang-kadang aku sendiri buntu..aku sendiri pening..aku sendiri rimas dengan apa yang telah aku buat tanpa faedah dengan waktu yang aku ada..

Nak wat cmne?benda dah jadi kan?
benda tu yang aku slalu dengar insan-insan dalam dunia ni sebut.Kalau benda dah jadi,maka,kita bertaubat lah..nak wat camne?kita sebarkan kat orang lain supaya berjaga-jaga dengan kesilapan yang sama..

Hidup manusia pada memberi..Hidup muslim pada menasihati.Hidup mukmin untuk Ilahi..