Sunday 31 January 2010

lama dah tak update..

Lama dah tak update sampai aku confuse nak guna bahasa apa update blog ni..huhu..
Exam community dah abis.Dah masuk round Ear Nose and throat a.k.a. ENT.Boleh tahan la best,sbb dah masuk hospital.
Kekecewaan melanda sekarang ni.Arsenal asyik mengecewakan aku jer tahun ni.Apa la nak jadi dengan Arsenal.Malam tadi kalah dengan Man U la pulak..Kesian aku,syidi,azim and Safwan.Penyokong-penyokong Arsenal yang masih setia.huhu..

Lantak la Arsenal.Kalah pun kalah la.
Minggu ni Naimah dan Abg Isra yang aku sanjungi nikah.Nanti aku nak g pukul gambar banyak-banyak la.hehe.
Minggu depan lak Isa nak kawen.Wah,ramai bena korang nak kawen time cuti skolah ni.Selamat pengantin Baru la wahai sahabat-sahabatku.Moga bahagia selalu hendaknya.Doakan kami yang masih single ni jugak..XD

Saturday 13 June 2009

Buat sahabat ku....

alhamdulillah..selepas 3 hari..baru diri ini punyai kekuatan untuk menulis...
terlihat kawan-kawan ku d hospital mengingatkan aku tentang kematian..
Pemergian AMMAR menemui tuhan meninsafkan aku tentang kehidupan..baru aku ingati bahawa dunia ini tempat persinggahan..AMMAR..bukan nama yang asing bagi student GEN6..
Ammar ni bagi aku dah seperti seorang rakan yang bila dia memberi nasihat kepada ku,aku dengari satu persatu,kerana ku tahu,nasihat nya itu adalah berlandaskan ilmu dan rasa kasihnya pada seorang insan seagama dan sahabat..
Selama 2 tahun aku seusrah dengan ammar,aku tahu,ammar memang seorang pejuang agama yang tulen..mana kan ku cari ganti..
dirimu bagai permata di kalangan pohon-pohon berduri..


Hari tu exam pharma MCQ,terdetik rasa hati aku nak keluar dewan exam awal bila nengok Ammar keluar awal..Bila dah ada kat luar,aku hilang jejak Ammar.Terduduk aku sekejap depan makmal anatomy.Tiba-tiba,dari jauh Ammar dan Husaini menyapa aku.

Najib,buat apa ni?tegur salah seorang..aku pun dah lupa siapa.Last2,aku balik skali dengan diorang..Tu lah kali teraher aku jumpa Ammar..
Pilu hati ini bila ku ketahui ammar menemui Ilahi petang itu.Tak berupaya aku katakn apa2..hmmm

Aman ramdzan..Sori kalau sepanjang ko blaja d rumah aku,aku buat ko kecik ati ke apa..
Aku terasa ketiadaan ko di rumah aku..bila ko takder,rasa sunyi aku belajar sorang..aku ingat lagi msg last ko mlm tu sebelum exam pharma..bila aku ingat balik,aku jadi sebak...

msg aman..
slm,jib,mlm ni mlm teraher aku berkumpul kat uma ko,jd,nak ucap tQ, halal makan minum, maaf kalo terkasar bahasa........

Aman,thanks...

Akram...Sorang lagi sahabat yang selalu datang ke rumah aku..Akram,bangunlah dari koma mu..kami merindui mu..Akram datang ke rumah aku selalu..seorang yang amat bijak dalam kata-kata dan pelajaran.akram,bangunlah,aku tunggu ko di miri..=)

buat Aman dan Akram..cepat la sembuh..Aku merindui kamu..

Buat arwah Ammar,perjuanganmu akan aku teruskan..dan kami akan teruskan bersama-sama.
Hilangmu mengajar aku erti kehidupan dan erti keimanan..kata-katamu membuatkan aku insaf mengenangkan..akan ku simpan pesananmu di dada ku..
mereka adalah anak-anak akhirat..melihat dunia dari jendela akhirat....

Monday 11 May 2009

Song for my mother..i love u mom..



after this love
What does she does all of this deserve
After this love, what
She who gives affection like this without asking for anything in return
We kiss the ground she walks upon

My mother, and then, my mother
To the last day of my life
Love from the first moment of my life
And her concern is mine
She who's goodness is bountiful
Her goodness melted into my blood and I live with it

After the mother what else is there?
With a sweet call opening the locked gate

After the mother what else is there?
She calms your mind when it is struggling
And shows you the whole world is open to you and satisfies you

I give a representation of her
Her heart is unimaginably good
I give a representation of her
She who stayed up late and tired and raised me and carried a mountain

You start a hundred thousands celebrations in me
Who in my exhaustion stayed up and did not sleep
Who supported me the first time I walked

After what you've done what can I do?
The day you brought me into this world
AFter what you've done
From your sympathy from your forgiveness
Heaven is beneath you
This what our lord said (it's in the Quran)

I love you my mother
Til the very last day of my life

Wednesday 29 April 2009

Al fatihah..

Isteri Taib Mahmud meninggal dunia
29/04/2009 6:03pm

KUCHING 29 April – Puan Sri Laila Taib, isteri kepada Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud meninggal dunia pada 3.45 petang ini di kediaman mereka di Demak Jaya di Kuching.

Pegawai akhbar kepada Ketua Menteri, Amin Sahmat mengesahkan.

Allahyarham berusia 68 tahun. – BERNAMA.


that is what wrote on the news paper today..

Hmmmm,ada kesan ke bagi kita yang membaca?huhu..
Adalah bahawa dengan sesuangguhnya,oran yang pasti sedih atas kematian ini pastinya ketua menteri sendiri.Kehilangan seseorang yang amat dirinya sayangi.seseorang yang membantu dirinya meringankan segala bebanan dan tanggungjawab dalam kehidupan.
Apa yang pasti,kita yang masih hidup,perlu teruskan kehidupan.Yang mati akan tetap mati,yang hidup mesti terus berbakti..

Al fatihah untuk allahyarhamah puan seri Laila..

Tuesday 28 April 2009

Jawapan terpuji seorang murid.



Pada suatu hari Syafiq al-Balkhi bertanya kepada muridnya Hatim al-Asham: "Apakah pelajaran yang dapat engkau petik sejak engkau menemaniku?"

Hatim menjawab: "Ada enam perkara:

Pertama: Ketika aku melihat manusia selalu mencemaskan masalah rezeki
sedangkan mereka bakhil dengan apa yang sudah mereka dapat dan tamak dengannya. Aku bertawakkal kepada Allah, kerana dia telah berfirman: 'Dan tidak ada suatu makhluk yang menjalar di muka bumi melainkan Allahlah yang memberinya rezeki' (Hud:6)

Kerana aku termasuk makhluk yang menjalar di muka bumi, maka aku tidak mahu meresahkan hatiku dengan apa yang telah dijamin oleh Yang Maha Kuat lagi Maha Kukuh"

Syafiq berkata kepadanya: "Bagus"

Kedua: Kerana aku melihat semua orang mempunyai teman yang menjadi tempat pengaduannya untuk mengatakan semua permasalahan dan rahsianya sedangkan mereka tidak mahu membelanya pada waktu susah. Aku menjadikan amal soleh sebagai temanku agar ia dapat membantuku pada waktu hisab dan membuatku selamat ketika dihadapkan kepada Allah.. Ia juga akan menemaniku ketika melalui titian Shiratul Mustaqim"

Syafiq berkata: "Bagus"

Ketiga: Aku melihat setiap orang mempunyai musuh. Aku melihat setiap orang yang mengumpatku bukanlah musuhku, bukan orang yang menzalimiku dan bukan pula orang yang berbuat jahat kepadaku kerana orang-orang tersebut akan memberiku keuntungan dari kebaikan mereka dan akan menanggung dosa-dosaku.

Musuhku adalah orang-orang yang apabila aku mentaati Allah, dia akan menggodaku untuk melakukan kederhakaan. Aku menganggap bahawa mereka itu adalah Iblis, nafsu, dunia dan hawa. Oleh kerana itu, aku menjadikan mereka sebagai musuhku. Aku akan berhati-hati dengan mereka dan mempersiapkan segala sesuatu untuk memerangi mereka. Aku tidak akan membiarkan mereka mendekatiku"

Syafiq berkata: "Bagus"

Keempat: Aku melihat setiap makhluk hidup dalam keadaan diburu dan pemburu tersebur adalah malaikat maut. Maka, aku akan mempersiapkan diri untuk menemuinya sehingga apabila ia telah bertemu denganku, aku akan segera menyambutnya tanpa penghalang"

Syafiq berkata: "Bagus"

Kelima: Aku melihat semua manusia selalu dalam keadaan saling menyayangi atau saling membenci. Lalu, aku mempelajari sebab dari sayang dan benci tersebut. Maka, aku mengetahui bahawa sebab dari semua itu adalah sifat dengki. Oleh kerana itu, aku membuang jauh-jauh dari diriku sifat hasad tersebut dengan cara membuang sesuatu yang melekatkan antara aku dengannya, iaitu hawa nafsu. Kemudian aku mencintai semua manusia sebagaimana aku mencintai diriku sendiri.

Syafiq berkata: "Bagus"

Keenam: Aku melihat setiap orang yang bertempat tidak dapat pasti akan berpisah dengan tempatnya. Maka, aku melihat bahawa tempat kembali semua orang yang menetap tersebut adalah kubur. Oleh kerana itu, aku mempersiapkan untuknya segala persiapan berupa amal-amal soleh untuk menetap di tempatku yang baru tersebut sedangkan tidak ada tempat di belakangnya kecuali Syurga atau Neraka"

Syafiq berkata: "Bagus"

Thursday 23 April 2009

Penangan Hati...



Gambar :Makam ibnu Umar

Dah hampir 3 bulan aku diam tanpa bahasa..mulut bisu tanpa kalam indah yang boleh menenangkan jiwa..
Orang nak baca pun lalu-lalu jer blog aku ni..hehe
Apa nak dibuatkan..amat-amat sibuk untukku menelaah pelajaran..Tapi,bila ada masa yang lengang aku buat benda lain pulak..tak sempat nak singgah kat blog aku sendiri untuk tulis sikit benda..
A'la kulli hal nyer,aku sedar apa yang pernah Ibnu Umar RA pernah berkata : “Jika engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu pagi. Dan jika engkau berada di waktu pagi maka janganlah engkau menunggu petang. Gunakanlah waktu sihatmu sebelum datang waktu sakit. Dan gunakanlah waktu hidupmu sebelum datang waktu mati. “


Masa takkan menunggu kita kan?Pejam celik jer dah byk hari berlalu tanpa apa yang aku buat..
kadang-kadang aku sendiri buntu..aku sendiri pening..aku sendiri rimas dengan apa yang telah aku buat tanpa faedah dengan waktu yang aku ada..

Nak wat cmne?benda dah jadi kan?
benda tu yang aku slalu dengar insan-insan dalam dunia ni sebut.Kalau benda dah jadi,maka,kita bertaubat lah..nak wat camne?kita sebarkan kat orang lain supaya berjaga-jaga dengan kesilapan yang sama..

Hidup manusia pada memberi..Hidup muslim pada menasihati.Hidup mukmin untuk Ilahi..

Thursday 12 March 2009

WGM addicted..




Sengal apa ntah datang kat aku malam ni..hmmm,dah lama aku tak study...T-T
Semangat study aku hilang trus seminggu sebelum exam..5 january 2009..what a day..
Bila dapat jer result aku...aku just dapat tersenyum la..paling kurang aku punya result masih lagi selamat..walaupun amat2 la tidak mantap..
Kenapa?haha..hanya aku dan Allah yang tahu..Hidup semua manusia ada dugaan..
Kalau pantai takder ombak bukan pantai la jawabnya..baik panggil sungai betul tak?
manusia gitu jugak..Kalau hidup tanpa dugaan..bukan manusia la..baik panggil..

Whatever..even after 2 months,i hope can settle down myself..hidup aku makin complcated,..harapnya lepas balik dari syria turki haritu dah ok..ada la ok sikit kot..
kehidupan yang serabut kembali ceria..
walaupun hatiku hanya tuhan yang tahu..aku pun tak tau apa yang aku mengarut ni..harap takder yang baca..or kalo bca pun bukan yang aku kenali..kerana korang tak mengenali aku yang begini..

btw,tajuk aku sal benda lain..haha..haritu dinmat datang umah aku..and dia kata ada series we got married..aku dah lama ushar and carik benda tuh..akhirnya jumpa jugak..
mula-mula aku tau sal AnSol coupe jer..
last-last aku minat 4 couple yang best...AnSol,Ant,AlSin,and Lettuce..
Sekarang ni kalau aku tension aku g tengok la benda alah ni..bukan apa,tengok benda alah ni boleh buat aku gelak kembali..hehe..mengingati hidupku yang ceria..

Doakan aku kawan-kawan..